CELIK IT - Salina Binti Ibrahim
Nama | Salina Binti Ibrahim |
Umur | 52 Tahun |
Ahli | Julai 2018 |
Latar belakang
Puan Salina merupakan seorang usahawan yang bergiat aktif dalam dunia perniagaan urutan tradisional, bekam dan barangan produk kecantikan.Beliau memang minat dengan dunia perniagaan seawall usia remajanya dimana beliau pernah membuka sebuah butik di Sri Kembangan.Pada awal tahun 2015 beliau telah mengikuti pelbagai kursus kemahiran urutan tradisional dan dari situlah beliau telah berjinak dengan perniagaan ini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Puan Salina pernah mempunyai pengalaman dalam penggunaan komputer namun 20 tahun yang lalu.Sekarang ini, beliau agak kekok untuk menggunakannya kerana telah lama tidak menggunakan komputer untuk tugasan harian beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan yang dibimbing oleh Petugas Pusat Internet Taman Yayasan, Puan Salina sudah tahu cara untuk menggunakan tetikus dengan betul, cara klik, dan menaip menggunakan papan kekunci.
Selain dari itu, beliau juga turut mengetahui cara untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan beliau diatas talian.
USAHAWAN LUKISAN PENSIL
Nama | Nor Asma Atiqah Binti Noor Azam |
Umur | 25 Tahun |
Ahli | 19 November 2016 |
Latar belakang
Puan Asma Merupakan Seorang Ibu Dan Suri Rumah Sepenuh Masa.Beliau Juga Adalah Graduan Lulusan Uitm Lendu Melaka Dalam Jurusan Lukisan Fineart.Beliau Memulakan Perniagaan Lukisan Pensil Fineart Bermula Pada Tahun 2015 Dimana Ianya Menjadi Pendapatan Sampingan Memandangkan Beliau Bekerja Di Pelabuhan Perindustrian Segamat.Namun Beliau Serius Dengan Perniagaan Ini Memandangkan Beliau Telah Berhenti Bekerja Setelah Berkahwin Pada Awal Tahun 2017.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mempromosikan perkhidmatan lukisan beliau ini di platform atas talian kebanyakkan pelanggan beliau datang dari rakan-rakan rapat beliau sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas beliau menggunakan instagram dan facebook sebagai platform utama pemasaran pendapatan beliau meningkat dimana beliau memperoleh rm1000 /sebulan.
Kini, beliau juga dapat memasarkan produk hasil lukisannya di platform MyShop. Promosi menggunakan media sosial seperti Whatsapp juga dilakukan agar berita/promosi dapat diviralkan dengan lebih cepat.
Usahawan Daging Kambing Perap Padu
Nama | Mohd Fadely Bin Rejah |
Umur | 35 Tahun |
Latar Belakang
Encik Fadely Bin Rejah sebelum ini pernah mengusahakan perniagaan cendawan dan perniagaan ini masih berjalan sehingga kini. Minat yang mendalam dalam bidang perniagaan membuatkan En.Fadely menjalankan perniagaan secara atas talian (online) iaitu Daging Kambing Perap Padu.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sebulan bergantung kepada permintaan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Taman Yayasan, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan perniagaan beliau termasuklah Cendawan dan Kambing Perap Padu ini. Menjelang bulan puasa ini, beliau menjalankan perniagaan di bazar Ramadan Taman Yayasan bagi meningkatkan hasil jualan Kambing Perap Padunya.
Promosi menggunakan media sosial seperti Whatsapp juga dilakukan agar berita/promosi dapat diviralkan dengan lebih cepat.
http://tmnyayasan.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=25#sigFreeId5bac1c9fc1
USAHAWAN HOMEMADE PASTE
Nama | Norhaslina Binti Hassan |
Umur | 33 Tahun |
Ahli | 19 Januari 2013 |
Latar belakang
Puan Norhaslina merupakan seorang pekerja swasta yang menjalankan perniagaan atas talian sebagai sumber pendapatan tambahan. Beliau amat berminat berniaga terutama secara online ini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM400 sebulan bergantung kepada permintaan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Taman Yayasan, pendapatan beliau meningkat sedikit atas bantuan dan medium tambahan yang diajar oleh petugas. Antara medium yang digunakan ialah Dashboard Komuniti, Instagram dan Whatsapp.
Promosi yang dijalankan di laman sosial “Facebook” , Instagram dan Whatsapp ternyata membuahkan hasil yang memberangsangkan berbanding promosi yang sebelum ini dijalankan dari mulut ke mulut sahaja.
http://tmnyayasan.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=25#sigFreeId55204caf19
Nama | Nur Anisah Binti Baharuddin |
Umur | 27 Tahun |
Ahli |
21 Januari 2018 |
Latar belakang
Cik Nur Anisah merupakan bekas pelajar PDK (Program Pemulihan Dalam Komuniti) Taman Yayasan, beliau mendaftar ke PI sebagai ahli untuk mencari maklumat resepi masakan dan bila di tawarkan untuk mengikuti kelas asas komputer di PI beliau sangat berminat dan ingin turut serta mempelajari asas komputer yang disediakan di PI.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum mengikuti kelas asas komputer yang disediakan di PI Cik Anisah tidak boleh menaip dengan baik, serta penguasaan menggunakan tetikus lemah.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Taman Yayasan, Cik Anisah sudah boleh menaip dengan baik dan mempunyai email dan facebook sendiri. Beliau juga boleh menggunakan Microsoft Word untuk membina resume.