USAHAWAN HOMEMADE PASTE
Nama | Norhaslina Binti Hassan |
Umur | 33 Tahun |
Ahli | 19 Januari 2013 |
Latar belakang
Puan Norhaslina merupakan seorang pekerja swasta yang menjalankan perniagaan atas talian sebagai sumber pendapatan tambahan. Beliau amat berminat berniaga terutama secara online ini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM400 sebulan bergantung kepada permintaan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Taman Yayasan, pendapatan beliau meningkat sedikit atas bantuan dan medium tambahan yang diajar oleh petugas. Antara medium yang digunakan ialah Dashboard Komuniti, Instagram dan Whatsapp.
Promosi yang dijalankan di laman sosial “Facebook” , Instagram dan Whatsapp ternyata membuahkan hasil yang memberangsangkan berbanding promosi yang sebelum ini dijalankan dari mulut ke mulut sahaja.
http://tmnyayasan.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/224-keusahawanan-pn-norhaslina-binti-hassan#sigFreeId55204caf19