KEDUDUKAN SEGAMAT
Daerah Segamat merupakan salah satu daripada lapan daerah yang terdapat di Negeri Johor Darul Ta'zim. Daerah Segamat mempunyai kedudukan yang agak strategik kerana bersempadan dengan Negeri Sembilan dan juga Negeri Pahang. Ia juga bersempadan dengan empat buah daerah iaitu Daerah Muar di selatan, Daerah Tampin barat laut, Daerah Rompin di timur laut dan Batu Pahat di sebelah tenggaranya.
Dari segi hierarki pusat-pusat petempatan bagi Negeri Johor, Segamat terletak dalam kategori kedua iaitu Pusat Wilayah Tahap II. Bandar kedua terbesar di Daerah Segamat adalah Bandar Labis yang berada di kategori ke empat hierarki pusat petempatan seluruh negeri.
Taman Yayasan merupakan kawasan yang paling hampir dengan Negeri Sembilan, bg daerah Gemas. Kebanyakan penduduk yang berasal dari Gemas akan ke Bandar Segamat untuk mendapatkan keperluan asas kerana Bandar Segamat merupakan pusat bandar utama daerah ini.
Begitu juga bagi penduduk dari Negeri Pahang, iaitu dari Selancar dan Keratong kebanyakan dari mereka menggunakan Bandar Segamat sebagai Pusat Bandar yang paling hampir bagi mendapatkan pelbagai keperluan harian mereka.
Pelan Mukim Daerah Segamat