Nama | Marzura Binti Mohd Mokhtar |
Umur | 41 Tahun |
Ahli | 2019 |
Latar belakang
Puan Marzura Binti Mohd Mokhtar merupakan seorang ibu berusia 40 tahun dan bekerja sebagai seorang kerani.Beliau memiliki pendidikan tahap diploma dan mempunyai kemahiran komputer sederhana mahir.Beliau menjinakkan diri dalam dunia perniagaan secara kecil-kecil dengan menjual karipap dan pau sejuk beku.Beliau juga turut menyediakan perkhidmatan tempahan untuk segala jenis jamuan dan keraian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Sebelum ini, pelanggan beliau hanyalah dikalangan masyarakat setempat seperti jiran-jiran, keluarga rapat dan rakan-rakan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PIK
Walaupun beliau agak mahir menggunakan komputer dan platform atas talian namun melalui PI beliau telah diperkenalkan dengan platform Dashboard Komuniti dimana beliau tidak pernah menggunkannya.Melalui latihan di PIK juga beliau turut diberi tip-tip untuk meningkatkan pemasaran melalui Facebook Page.
Latar belakang
Encik Mohd Rafik Khan merupakan pemegang Sijil dari sebuah Institusi Pendidikan dan sekarang bekerja sebagai seorang Operator Loji Air di Syarikat Air Johor.Beliau telah berkahwin dan memiliki 2 orang anak.En Rafik juga adalah seorang pemilik sebuah Cyber Café di Pagoh Muar disamping kedainya turut menjual set komputer, pencetak, dan aksesori komputer yang lain.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menghadiri latihan bersama Pusat Internet jualan produknya hanya bergantung kepada jualan fizikal melalui Cyber Café nya..
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menghadiri latihan Shopee yang dianjurkan oleh PIK Taman Yayasan, Encik Mohd Rafik dapat mengembangkan lagi sayap pemasaran perniagaannya melalui platform yang belum pernah beliau ceburi sebelum ini iaitu Shopee.
Latar belakang
Puan Siti Fatimah Binti Ali merupakan graduan Diploma jurusan Perakaunan dari Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak.Kini beliau bertugas sebagai seorang Penolong Pegawai Perakauanan di UITM Segamat.Beliau mempunyai 2 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.Beliau suka menjahit pelbagai jenis pakaian untuk mengisi masa lapang beliau.Dengan kemahiran yang ada, Puan Siti memanfaatkan peluang ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dengan menghasilkan produknya sendiri untuk keperluan masyarakat ketika ini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum menghadiri latihan bersama Pusat Internet jualan produknya hanya bergantung kepada jualan fizikal.Walaupun mempunyai platform atas talian seperti Shopee tetapi tiada jualan yang dapat diperolehnya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Setelah menghadiri latihan Shopee yang dianjurkan oleh PIK Taman Yayasan, Puan Siti Fatimah telah mendapat jualan dari beberapa orang pembeli dari seluruh negara termasuk Sabah
Latar belakang
Saudari Asha merupakan seorang lepasan SPM yang masih belum memiliki sebarang pekerjaan.Beliau sedar atas tuntutan dunia pekerjaan sekarang yang memerlukan penguasaan ICT yang baik bagi memudahkan beliau memperoleh pekerjaan, dengan itu saudari Asha telah mengikuti latihan Dekstop Publishing di Pusat Internet Taman Yayasan bagi mengukuhkan lagi penguasaan ICT beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini Saudari Asha hanya boleh melayari internet dan sosial media sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas yang telah dihadiri, Saudari Asha telah boleh menguasai asas ICT yang perlu ada untuk beliau memohon pekerjaan yang memerlukannya menggunakan komputer dan aplikasi Microsoft Word yang sebelum ini beliau jarang menggunakannya. Kini, beliau juga semakin mahir dalam menggunakan komputer berbanding sebelum beliau mengikuti kelas ICT.
Latar belakang
Puan Siti Rohani Binti Md Salleh berusia 32 tahun merupakan seorang graduan Ijazah Sarjana Muda Usuluddin di UniShams, Kedah berkecimpung didalam dunia perniagaan pada tahun 2011 dengan bermula sebagai seorang dropship produk kecantikkan.Pada awalnya beliau hanya berniaga secara sambilan dimana pada masa itu beliau bertugas sebagai seorang Pensyarah di Kolej Institut Sains & Teknologi Darul Takzim ( INSTEDT), Bandar Penawar, Kota Tinggi Johor. Namun perniagaan ini menjadi sepenuh masa pada tahun 2015 dimana beliau mula menggunakan modal sendiri.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan sebulan yang didapati lingkungan RM 500.00 sahaja..
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Purata pendapatan sebulan boleh mencecah RM2500.00 sebulan.