Nama | Racheal A/P Ramasamy |
Umur | 15 Tahun |
Ahli | 2020 |
Latar belakang
Saudari Racheal A/P Ramasamy telah dihantar oleh bapanya untuk mengikuti latihan ICT di Pusat Internet apabila beliau tidak berminat untuk meneruskan pelajarannya si peringkat sekolah.Beliau mempunyai sedikit pengetahuan tentang penggunaan komputer sebelum mengikuti kelas bersama PI.Tujuan beliau hadir ke kelas adalah untuk meningkatkan penguasaan ICT disamping ingin memohon pekerjaan dimana rata-rata pekerjaan memerlukan sijil komputer.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Sebelum ini beliau hanya tahu untuk melayari internet sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas yang telah dihadiri dari awal bulan Februari 2020 hingga pertengahan Mac 2020 beliau telah banyak menguasai asas ICT yang perlu ada untuk beliau gunakan di alam pekerjaan nanti sebagai contoh membuat surat rasmi dengan kepala surat, membina asas tapak akaun, dan juga membuat slaid perbentangan yang sebelum ini tidak pernah dipelajari mahupun disentuh oleh pelajar ini.