PERSATUAN BELIA G2 FELDA PEMANIS

NAMA 
Pertubuhan belia ini dikenali sebagai Persatuan Belia G2 Felda Pemanis atau ringkasnya Pertubuhan di dalam Perlembagaan ini. 
 
ALAMAT DAN TEMPAT URUSAN   
                        
Alamat Pos Berdaftar 
Alamat pos berdaftar pertubuhan belia ini ialah di No 209, Felda Pemanis Dua, 85009 Segamat, Johor Darul Takzim
SEJARAH PENUBUHAN & AKTIVITI

Setelah ditubuhkan dan diluluskan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia pada 27 Oktober 2009, malah telah diluluskan pula Pindaan Perlembangaan yang di usulkan pada Mesyuarat Agung Tahunan 2010 dan diperakukan oleh ROY pada tahun yang sama, Persatuan Belia G2 telah mengorak langkah untuk terus ke hadapan dan telah melaksanakan pelbagai aktiviti untuk belia – belia di Felda Pemanis ini. Penumpuan  terhadap corak dan kepelbagaian aktiviti bukan sahaja yang berasaskan kepada apa yang diminati oleh belia / remaja, tetapi apa yang dapat membentuk sahsiah dan pemikiran mereka.

Aktiviti adalah seperti berikut :

Program Pembangunan Kepimpinan dan Pengurusan, Program Latihan dan Kejurulatihan, Program Agama dan Dakwah, Program Pendidikan dan Pemikiran Saintifik, Program Sosial dan Kemasyarakatan, Program Rakan Muda, Program Sukan, Program Rekreasi, Program Kebudayaan dan Program Ekonomi dan Keusahawanan. Persatuan Belia G2 percaya kepada pembentukan komuniti belia / remaja yang berasaskan pembangunan holistik, menyeluruh dan tidak tertumpu kepada satu – satu bidang sahaja.

Sesuai dengan status sebagai sebuah Persatuan Belia, NGO dan Gerakan Sukarela, maka penglibatan atau partisipasi ahli yang digerakkan atas dasar sukarela dan tidak mempunyai apa – apa kepentingan ekonomi dan peribadi adalah penting.

PERMOHONAN MENJADI AHLI  :

Syarat-syarat untuk menjadi ahli pertubuhan belia ini adalah seperti berikut :
(a)  Warganegara Malaysia;
(b)  Berumur tidak kurang daripada 15 tahun dan tidak melebihi 40 tahun;
(c) Sanggup mematuhi peraturan atau perlembagaan pertubuhan belia ini pada setiap
      masa

BAYARAN MASUK, YURAN DAN BAYARAN LAIN :

Bayaran masuk dan yuran yang perlu dijelaskan oleh ahli adalah seperti berikut: 
    
Bayaran masuk   RM 1.00
Yuran Tahunan   RM 1.00 

Yuran tahunan hendaklah dibayar tidak lewat dari 1hb Februari tiap-tiap tahun kepada Bendahari. Sekiranya yuran itu tidak dibayar, ahli yang berkenaan tidak boleh menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan dan tidak boleh mengundi dan diundi.

Sekiranya  yuran  tahunan  tidak   dijelaskan  dalam  tempoh  satu  tahun  tanpa  alasan  yang munasabah,  Jawatankuasa Kerja  berhak memberhentikan keahlian ahli yang berkenaan.   
Bayaran-bayaran lain untuk perkara yang tertentu boleh dikenakan ke atas ahli-ahli dengan persetujuan Jawatankuasa. 
Sekiranya ahli yang telah dibatalkan keahliannya ingin menjadi ahli semula, beliau dikehendaki untuk mengemukakan permohonan baru dengan menyertakan bayaran   pendaftaran, yuran tahunan dan  penalti  sebanyak  RM 50.00 Permohonan ini tertakluk kepada kelulusan Jawatankuasa Kerja.  
AJK DAN BIRO
Senarai Pegawai dan Ahli Jawatankuasa Sesi 2014 - 2016
Persatuan Belia G2 Felda Pemanis
GAMBAR AKTIVITI 
 

Program Persatuan Belia G2 yang dijalankan di PI Taman Yayasan

       

Program yang berlangsung di PI

 

Misi Sukarelawan Intervensi Pasca Bencana Banjir di Dabong, Kuala Krai, Kelantan

     

Persembahan Zapin Majlis Perkahwinan                       Semakan Buku Rekod ARPRM Tahap Gangsa dan Perak