Pasar Malam merupakan lokasi yang yang paling ramai dikunjungi oleh masyarakat kita harini. Disamping harga yang berpatutan dan terdapat pelbagai jenis pilihan, komuniti juga berpeluang beriadah bersama keluarga sambil membeli belah keperluan harian. 

    

Pasar malam Taman Yayasan merupakan pasar malam diantara yang paling ramai dikunjungi kerana terdapat hampir 50 buah gerai jualan terdapat disini. Pelbagai jenis makanan, pakaian, sayuran, dan ikan turut menjadi perhatian penduduk sekitar Taman Yayasan.  

    

     

Senarai Pasar Malam Sekitar SEGAMAT : 

ISNIN :

Segamat Baru 

SELASA :

Buloh Kasap 

RABU : 

Pekan Jabi 

KHAMIS : 

Taman Yayasan 

JUMAAT :

Paya Pulai 

SABTU : 

Bandar Segamat 

AHAD : 

Jementah 

Taman Sri Alam ( Batu anam ) 

Untuk anda yang ingin bertandang ke Labis, Johor dan tercari -cari penginapan yang selesa, murah dan bersih.....
Disini kami kongsikan kepada anda Five Zul Homestay yang terletak di Felda Chemplak, Labis.
Homestay ini terletak kira 10km dari bandar Labis dan 12km dari Bukit Kepong, Muar

Harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan boleh dibincang untuk mendapatkan harga yang istimewa. 
Berikut adalah maklumat terperinci Homestay ini:-

Pemilik : En Zulkiflee & Pn Zamngaton Saprawiyah

No telefon : Eton : 0177001472 / 079236155
Zul :0177021407

FB page : Five Zul Homestay

Alamat : No PTD 14182 Jalan Kekwa, Felda Chempelak
85300 Labis.

Kemudahan :
1) ruang tamu, ruang makan, ruang dapur, 3 bilik tidur ,2 bilik air.
2) Kipas angin, televisyen (njoi), meja makan, peti ais, dapur masak, sofa

Sila hubungi nombor telefon diatas untuk tempahan 

Boleh  juga lawati page MENARIK DI SEGAMAT untuk pelbagai lagi info terkini berkaitan Bandar Segamat.

 

  

Homestay Five Zul yang berada di Felda Chemplak

 

  

  

Suasana didalam Five Zul Homestay yang lengkap dengan semua peralatan 

Bagi yang berminat untuk singgah ke Wasilah Farm, maklumat berikut anda perlukan:

Alamat: Jln Tasek Alai, Kampung Bukit Mentaus, 85000 Segamat, Johor.

Koordinat: 2.505849, 102.778937

Blog: https://wasilahfarm.com/

FB: https://www.facebook.com/profile.php?id=100011187227441

Terdapat beberapa aktiviti menarik di sini termasualah Kandang Tour, Atv Ride, & Kid's Feeding. Pihak Wasilah Farm juga menyediakan kawasan/tapak perkhemahan untuk disewa dengan pelbagai aktiviti menarik seperti BBQ Night dan sebagainya.

   

 Pengunjung berpeluang untuk mendekati haiwan ternakan ini dan merasa keenakkan menu kambing grill yang disediakan oleh cafe mereka

 

   

Anda juga berpeluang memberi susu kepada anak kambing (Kid's Feeding) dengan bayaran yang sangat berpatutan

Bagi yang sukakan aktiviti lasak anda boleh juga mencuba ATV Ride dengan bayaran RM30/Seorang

LABIS SUNRISE FARM berada di jalan labis segamat.

Pelbagai aktiviti yang boleh di lakukan di sini seperti seminar,family day,perkhemahan, majlis hari jadi dan pelbagai lagi.Pakej penginapan juga tersedia dan mampu menampung seramai 60 perlancung dengan harga yang sungguh menarik.

Makanannya pula di jamin halal di Sunrise Farm Cafe Labis seperti Satay dan pelbagai lagi..

Pakej melihat pemandangan yang menghijau dan merasai/memetik buah2an segar juga tersedia beserta taklimat & pengangkutan. 
Saksikan terbitnya mentari mahu pun terbenamnya mentari di sini..

Pakej untuk bulan ini, Febuari 2017 ke dusun buah-buahan segar dari ladang dan ke puncak Labis Sunrise Farm menikmati keindahan menghijau sekeliling mendamaikan.. 
- Transport sedia di lokasi. 
- Memetik/merasai pelbagai jenis buah-buahan segar dari ladang beserta taklimat. 
- Selfie/Weifie di puncak Labis Sunrise Farm. 
- Rm20.00/Seorang.
- Berminat : 017 8400970

 

 

   

 

 

Buloh Kasap Bridge adalah jambatan sejarah yang tekenal semasa Perang Dunia II

Terletak di laluan Persekutuan JKR-ft1.png di kota Buloh Kasap, Johor, Malaysia. jambatan ini dibina di Sungai Muar (Sungai Muar) yang mengalir melewati Buloh Kasap. Jambatan tua Buloh Kasap dibina oleh kerajaan Inggeris selama pembangunan Persekutuan Route 1. Namun, tentera Inggeris dihancurkan sebahagian daripada jambatan semasa Perang Dunia II untuk menghentikan kemajuan tentera Jepun bergerak maju ke Singapura. Setelah perang berakhir, sebuah jambatan baru dibina betul-betul di sebelah yang lama. 

Jambatan Lama sebelum di cat semula

 

 

Jambatan Buloh Kasap yang telah dicat semula

 

       

 

Tempat peninggalan sejarah yang telah diubah suai sebagai pusat rekriasi

ambatan tua Buloh Kasap dibina oleh kerajaan Inggeris selama pembangunan Persekutuan Route 1. Namun, tentera Inggeris dihancurkan sebahagian daripada jambatan semasa Perang Dunia II untuk menghentikan kemajuan tentera Jepun bergerak maju ke Singapura.Setelah perang berakhir, sebuah jambatan baru dibina betul-betul di sebelah yang lama.