Latar belakang

Puan Amalina Binti Razali merupakan seorang suri rumah yang berpendidikan Diploma dalam bidang Perhotelan dan Katering.Belia mula menceburkan diri didalam bidang perniagaan ini pada awal April tahun ini.Perniagaan beliau merangkumi pelbagai kelengkapan rumah seperti permaidani, cadar patchwork, sarung bantal, toto kekabu dan juga perabot.Tujuan beliau menceburkan diri dengan perniagaan ini adalah untuk menambah pendapatan keluarganya.Kini beliau telah memiliki sebuah kedai di Felda Tenang, Labis

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan sebulan yang didapati lingkungan RM 1,200 – 1,500 sebulan

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Purata pendapatan sebulan boleh mencecah RM2000.00 hingga RM2500.00 sebulan

 

 Untitled2      Untitled

 

Untitled3

 


Nama            Raja Abdul Aziz Bin Raja Amir Hamzah
Umur  16 Tahun
Ahli  2017

 

Latar belakang

Saudara Raja Abdul Aziz telah mengikuti kelas dan latihan ICT di Pusat Internet pada hujung minggu dan cuti persekolahan. Beliau mempunyai sedikit pengetahuan tentang penggunaan komputer sebelum mengikuti kelas bersama PI. Tujuan beliau hadir ke kelas adalah untuk meningkatkan penguasaan ICT disamping ingin memudahkannya untuk melengkapkan kerja khusus yang diberikan di sekolah.

  

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau hanya tahu untuk melayari internet sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas yang telah dihadiri, Raja Abdul Aziz telah banyak menguasai asas ICT yang perlu ada untuk beliau menyiapkan kerja khusus yang memerlukannya menggunakan komputer dan aplikasi Microsoft Word yang sebelum ini beliau jarang gunakan di Pusat Internet. Kini, beliau juga semakin mahir dalam menggunakan komputer berbanding sebelum beliau mengikuti kelas ICT.

WhatsApp Image 2020 09 07 at 2.49.38 PMWhatsApp Image 2020 09 07 at 11.09.33 AM  


 

Latar belakang

Puan Faridah Binti Kahar merupakan seorang pekerja buruh kasar.Memandangkan pendapatan sebagai seorang buruh kasar agak kecil beliau telah mengambil inisiatif untuk menambah pendapatan keluarga. Oleh itu, beliau telah menceburkan diri dengan peniagaan kecil dengan menjual produk kuih tradisional melayu batang buruk.

  

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, pelanggan beliau hanyalah dikalangan masyarakat setempat seperti jiran-jiran, keluarga rapat dan rakan-rakan sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Ini adalah pengalaman pertama bagi beliau mengikuti latihan promosi diatas talian dimana beliau telah diperkenalkan dengan di laman perniagaan Dashboard Komuniti (MyShop) atas bimbingan latihan yang diadakan oleh Pusat Internet Taman Yayasan.

 

Gambar di sini

 


Nama Racheal A/P Ramasamy
Umur  15 Tahun
Ahli  2020

 

Latar belakang

Saudari Racheal A/P Ramasamy telah dihantar oleh bapanya untuk mengikuti latihan ICT di Pusat Internet apabila beliau tidak berminat untuk meneruskan pelajarannya si peringkat sekolah.Beliau mempunyai sedikit pengetahuan tentang penggunaan komputer sebelum mengikuti kelas bersama PI.Tujuan beliau hadir ke kelas adalah untuk meningkatkan penguasaan ICT disamping ingin memohon pekerjaan dimana rata-rata pekerjaan memerlukan sijil komputer.

  

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Sebelum ini beliau hanya tahu untuk melayari internet sahaja.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas yang telah dihadiri dari awal bulan Februari 2020 hingga pertengahan Mac 2020 beliau telah banyak menguasai asas ICT yang perlu ada untuk beliau gunakan di alam pekerjaan nanti sebagai contoh membuat surat rasmi dengan kepala surat, membina asas tapak akaun, dan juga membuat slaid perbentangan yang sebelum ini tidak pernah dipelajari mahupun disentuh oleh pelajar ini.

 

Celik IT Rachel

 


Nama  Muhammad Shaiful Najib
Umur   26 Tahun
Ahli   2018

 

Latar belakang

Muhammad Shaiful Najib Bin Mohd Ali merupakan ahli Pusat Internet Taman Yayasan sejak tahun 2018. Shaiful Najib merupakan salah seorang pelajar di PDK Taman Yayasan. Beliau agak pendiam namun mudah mesra dan senang didekati.

  

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini beliau tidak pernah menggunakan komputer dan aplikasi yang ada di komputer

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan yang dibimbing oleh Petugas Pusat Internet Taman Yayasan, Muhammad Shaiful Najib Bin Mohd Ali dapat menggunakan aplikasi di komputer seperti Microsoft Word dan sudah boleh menaip dengan lancar.

 

 

  Shaiful Najib