Latar belakang
En. Mohd Rashid Ithnin merupakan ahli yang telah aktif semenjak dari Pusat Internet Taman Yayasan beroperasi di Felda Pemanis 1 lagi.Berpengalaman bekerja sebagai Teknisyen Komputer selama beberapa tahun di beberapa buah syarikat yang beroperasi di UTM Skudai dan Johor Bahru.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum kewujudan PI beliau hanya menumpukan kepada kemahirannya didalam bidang teknikal komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Selepas kewujudan PI beliau mula mengenali perisian Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator melalui kursus ringkas yang diikuti bersama PI. Bermula daripada situ beliau membina kerjaya beliau sebagai Graphic Designer secara freelance.
Nama | Siti Khatijah Binti Jemiran |
Umur | 37 Tahun |
Ahli | 2018 |
Latar belakang
Puan Khatijah Binti Jemiran merupakan pelajar usahawan ICT di Pusat Internet Taman Yayasan.Beliau merupakan pengguna baru komputer dimana beliau tidak pernah memegang atau mencuba menggunakan komputer sebelum ini sepanjang usia beliau.Namun apabila PI Taman Yayasan bekerjasama dengan Pejabat Pertanian Daerah Segamat mengelolakan kelas latihan usahawan beliau begitu teruja untuk turut serta bersama 9 orang usahawan yang lain.Selain dari itu, beliau turut mengikuti latihan e-Rezeki yang dianjurkan PI bagi memperluaskan lagi ilmu komputer beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini beliau tidak pernah mengenali sebarang asas penggunaan komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan yang dibimbing oleh Petugas Pusat Internet Taman Yayasan, Puan Sarinah dapat mempelajari asas menggunakan komputer seperti penggunaan tetikus, menaip Selain itu beliau turut diajar cara penggunaan laman web, whatsapp web, emel serta enjin carian.
Latar belakang
Puan Siti Khatijan Binti Jemiran merupakan seorang suri rumah sepenuh masa.Memandangkan beliau seorang yang berminat dengan dunia perniagaan dimana ibunya juga adalah seorang peniaga.Demi menyambung legasi perniagaan ibunya yang diberi nama Mak Ram’s Frozen beliau telah mencuba melibatkan diri dalam kursus pengendalian makanan yang dianjurkan oleh Pejabat Pertanian Daerah Segamat.Kini beliau telah mengembangkan dunia perniagaan beliau ke dunia pembuatan roti dari rumah dan dipromosikan di laman facebook beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini, pelanggan beliau hanyalah dikalangan masyarakat setempat seperti jiran-jiran, keluarga rapat dan rakan-rakan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kini, beliau telah mencuba untuk memasarkan perkhidmatan ini melalui aplikasi WhatsApp dan juga Instagram.Beliau turut memasarkan produk beliau di laman perniagaan Dashboard Komuniti (MyShop) atas bimbingan latihan yang diadakan oleh Pusat Internet Taman Yayasan.
Nama | Muhammad Faiz Bin Azman |
Umur | 19 Tahun |
Ahli | 2018 |
Latar belakang
Muhammad Faiz Bin Azman merupakan usahawan biskut coklat nestum yang aktif di Pusat Internet Taman Yayasan. Beliau merupakan lepasan SPM dan jarang menggunakan komputer. Namun apabila PI Taman Yayasan menawarkan kelas komputer dan kelas untuk mempromosikan produk jualan beliau, beliau teruja dan berminat untuk mengikuti kelas Dashbord yang diadakan di Pusat Internet Taman Yayasan. Selain itu, beliau juga aktif untuk menghantar biskut coklat nestum yang ditempah oleh pelanggannya di sekitar Segamat dan sering singgah ke Pusat Internet Taman Yayasan untuk menggunakan komputer dan internet di PI Taman Yayasan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini beliau jarang menggunakan aplikasi-aplikasi yang terdapat di komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan yang dibimbing oleh Petugas Pusat Internet Taman Yayasan, Muhammad Faiz Bin Azman dapat menggunakan aplikasi di komputer seperti Microsoft Word dengan lebih cekap dan teratur. Selain itu beliau turut diajar tentang penggunaan Dashboard Komuniti untuk memasarkan produk jualannya.
Latar belakang
Muhammad Faiz Bin Azman merupakan seorang remaja lepasan SPM. Pada mulanya, tujuan beliau berniaga adalah hanya sekadar mengisi masa lapang sambil membantu ibunya, namun apabila beliau mencuba untuk berniaga secara kecilan-kecilan, beliau tidak menyangka dengan berniaga dari rumah dapat maklum balas yang baik dan dapat meningkatkan pendapatan bulanannya hasil daripada berniaga. Kini beliau sudah memulakan perkhidmatan penghantaran ke rumah secara percuma untuk warga Segamat
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini, pelanggan beliau hanyalah dikalangan masyarakat setempat seperti jiran-jiran, keluarga rapat dan rakan-rakan sahaja dan hanya di promosikan melalui aplikasi whatsapp.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kini, beliau telah mencuba untuk memasarkan perkhidmatan ini melalui laman facebook dan instagram beliau sendiri dan sambutannya sangat menggalakkan dimana beliau turut menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah untuk produk beliau (COD) secara percuma untuk daerah Segamat. Beliau turut memasarkan produk beliau di laman perniagaan Dashboard Komuniti (MyShop) atas bimbingan latihan yang diadakan oleh Pusat Internet Taman Yayasan.