Latar belakang
Puan Siti Andriany Binti Ahmad merupakan seorang suri rumah yang mempunyai 3 cahaya mata.Memandangkan beliau seorang yang aktif beliau telah mencuba melibatkan diri dalam kursus pengendalian makanan yang dianjurkan oleh Pejabat Pertanian Daerah Segamat.Pada mulanya, tujuan beliau adalah sekadar mengisi masa lapang, namun apabila beliau mencuba untuk berniaga secara kecilan-kecilan, beliau tidak menyangka dengan berniaga dari rumah dapat menghasilkan pendapatan yang agak memuaskan disamping dapat membantu sedikit sebanyak pendapatan seisi keluarga beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini, pelanggan beliau hanyalah dikalangan masyarakat setempat seperti jiran-jiran, keluarga rapat dan rakan-rakan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kini, beliau telah mencuba untuk memasarkan perkhidmatan ini melalui laman facebook beliau sendiri dan sambutannya sangat menggalakkan dimana beliau turut menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah untuk produk beliau (COD).Beliau turut memasarkan produk beliau di laman perniagaan Dashboard Komuniti (MyShop) atas bimbingan latihan yang diadakan oleh Pusat InternetTaman Yayasan.