Latar belakang

 Pn Azizah merupakan pesara kerajaan, memulakan perniagaan dengan menjual produk makanan sejuk beku iaitu ‘Roti Paratha Tisha’s’ pada awal tahun 2017. Menjual produk dari rumah ke rumah serta melalui aplikasi Whatsapp,beliau juga turut membuat jualan terus kepada pelanggan seperti Pasar Tani, Pasar Malam, Expo dan Hari Bersama.

 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Pendapatan bulanan Pn Azizah sebelum mengikuti kelas keusahawanan di PI1M sekitar RM500 sebulan.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Taman Yayasan, beliau kini telah memiliki facebook dan Page sendiri yang dapat mempromosikan lagi ‘Roti Paratha Tisha’s’. Mereka juga turut menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti untuk memasarkan produk. Pelanggan dari luar kawasan Segamat juga boleh membuat tempahan diatas talian bagi mendapatkan produk beliau. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM1500.

 

Gambar di sini