USAHAWAN BAKERY 

Nama  Nurul Asyikrin Bt Mohd Zin
Umur   31 Tahun
Ahli   12 Disember 2017

Latar Belakang

Shahzin Enterprise merupakan perniagaan yang diusahakan oleh Cik Nurul Asykirin bersama ibunya Puan Aishah sejak 5 tahun yang lalu, pada mulanya hanya dijalankan dirumah. Pada tahun 2016, mereka meluaskan perniagaan dan menyewa satu lot premis perniagaan di Pusat Komersial Utama kerana ingin memenuhi permintaan biskut raya setiap tahun yang semakin bertambah. Disamping itu juga mereka menerima tempahan kek hari lahir dan perkahwinan, juga makanan panas yang disediakan di café.

Mempromosikan produk secara atas talian melalui page facebook Shahzin Enterprise para pelanggan boleh terus datang sendiri ke café untuk mendapatkan produk menarik keluaran Shahzin Enterprise. Beliau juga turut memasarkan produk ini disekitar Batu Pahat dan Johor Bahru melalui agen yang dilantik.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di PI, Cik Nurul Asykirin tidak mempunyai email peribadi, tidak cekap menaip dan tidak mampu untuk menggunakan komputer serta mencetak/menggunakan mesin pencetak. Sebarang borang pembiayaan atau dokumen yang diperlukan di atas talian dibantu dan dicetak oleh petugas PI. Beliau juga tidak mampu untuk menaip dengan cekap selain tidak boleh menggunakan peralatan ICT seperti mesin pencetak tanpa bantuan petugas. Beliau hanya menggunakan telefon pintar semata-mata. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Taman Yayasan, beliau kini telah memiliki facebook dan Page sendiri yang dapat mempromosikan Café serta produk mereka. Mereka juga turut menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti untuk memasarkan produk. Pelanggan dari luar kawasan Segamat juga boleh membuat tempahan diatas talian bagi mendapatkan produk beliau. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM3000.

 


USAHAWAN KUIH MUIH SEJUK BEKU

Nama  Norhidayah bt Tukiman 
Umur  30 Tahun
Ahli  14 Febuari 2016

Latar Belakang

Puan Norhidayah memulakan perniagaan pada tahun 2015, dengan hanya niat mengisi masa lapang selepas mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Beliau memulakan perniagaan kuih sejuk beku ini secara kecil-kecilan. Memulakan dengan 3 hingga 4 jenis kuih Pn Norhidayah tidak menyangka sambutan dari kawan terdekat dan saudara mara amat menggalakkan dan membuatkan beliau semakin bersemangat untuk menghasilkan pelbagai lagi jenis produk berasaskan sejuk beku. 

Promosi yang dijalankan di laman sosial “Facebook” ternyata membuahkan hasil berbanding promosi yang sebelum ini dijalankan dari mulut ke mulut sahaja. Kini “Frozen Food Dayah Tukiman” semakin dikenali dan pemasarannya juga meluas ke luar daerah Segamat dan mempunyai 10 jenis produk. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Norhidayah adalah seorang yang tidak langsung mempunyai ilmu dalam bidang ICT. Tetapi dengan semangat yang kuat, beliau telah menyertai kelas mingguan yang diadakan di PI Taman Yayasan. Sebelum ini, Puan Norhidayah merasakan amat sukar untuk membiasakan diri dengan komputer kerana tidak tahu cara untuk menggunakannya. Tetapi dengan semangat yang tinggi Puan Norhidayah sangat tekun dan cepat belajar bagi memudahkan urusan dalam mempromosikan perniagaannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang diadakan di Pusat Internet  Taman Yayasan, Puan Norhidayah kini telah memiliki akaun ‘facebook’ sendiri yang dapat membantu mempromosikan perniagaan kuih muih sejuk beku beliau. Melalui ‘facebook’ kini beliau telah berjaya mempromosikan perniagaannya di dalam dan di luar kawasan Segamat. Selepas promosi yang dibuat melalui laman sesawang ‘facebook’ dan aplikasi ‘whatsapp’, beliau telah menerima banyak tempahan. Contohnya, untuk majlis sambutan hari lahir, Hari Jururawat, majlis perkahwinan dan sebagainya untuk dijadikan sebagai menu pencuci mulut.

 


  

USAHAWAN JAHITAN

Nama  Norhayati binti Sol
Umur  38 Tahun 
Ahli   23 Oktober 2016

 

Latar belakang 

Cik Norhayati memulakan perniagaan pada tahun 2007, setelah tamat latihan di Giat Mara, dalam bidang jahitan pakaian lelaki dan wanita beliau terus memulakan perniagaan secara kecilan dari tempahan jiran tetangga dan juga rakan-rakan. Minat yang mendalam dalam bidang jahitan, beliau sentiasa meningkatkan kemahiran seperti mengikuti kursus sulaman, jahitan baju korporat, dan jahitan baju pengantin. Pada tahun 2014, beliau membina bengkel jahitan sendiri di hadapan rumahnya, dengan dibantu oleh seorang pekerja, setiap tempahan sentiasa dapat dipenuhi terutamanya pada musim perayaan. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di PI, Cik Norhayati Bt Sol tidak mempunyai email peribadi, tidak cekap menaip dan tidak mampu untuk menggunakan komputer serta mencetak/menggunakan mesin pencetak. Sebarang borang pembiayaan atau dokumen yang diperlukan di atas talian dibantu dan dicetak oleh petugas PI. Beliau juga tidak mampu untuk menaip dengan cekap selain tidak boleh menggunakan peralatan ICT seperti mesin pencetak tanpa bantuan petugas. Beliau hanya menggunakan telefon pintar semata-mata. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Petugas telah memberi panduan kepada peserta mengenai teknik asas menggunakan teknologi email, perisian seperti Microsoft Word dan mencetak dengan menggunakan mesin mencetak di PI. Setelah melalui beberapa latihan dan bengkel ICT di PI, Cik Norhayati telah dapat mahir menaip dengan cekap. Beliau kemudian mencetak dokumen tersebut tanpa bantuan petugas PI. Beliau juga turut menghadiri kelas komputer yang dijalankan di PI pada setiap minggu bersama rakan-rakan yang lain. Dengan bantuan petugas PI, kini Cik Norhayati boleh berbangga kerana beliau kini sudah semakin mahir menggunakan komputer serta semakin mahir menaip dengan menggunakan Microsoft Word. 

PEMBELAJARAN DALAM TALIAN, MENAIP DAN MENCETAK

Nama       Nur Syazliyana Amirah Binti Mohd Jamludin
Umur  10 Tahun  
Ahli  4 Mac 2017 

Latar belakang 

Adik Amirah merupakan ahli yang berdaftar dengan Pusat Internet Taman Yayasan. Beliau hadir ke Pusat Internet bersama 3 orang adik beliau untuk berlajar mengenai komputer di Pusat Internet. Mula menghadir kan diri bersama ibu dan ayahnya semasa program Dashboard Komuniti yang diadakan di PI Taman Yayasan. Sejak dari situ, adik Amirah dan adik serta kakak beliau hadir ke Pusat Internt untuk mengikuti kelas yang diadakan pada hari sabtu.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatan adik Amirah dalam latihan di Pusat Internet Taman Yayasan, beliau hanya menggunakan komputer untuk bermain game bersama adik beradiknya yang lain. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Selepas mengikut kelas-kelas asas komputer yang dijalankan di PI beliau kini sudah boleh menaip, menggunakan laman web pembelajaran dalam talian dengan mudah dan tanpa bantuan kakak atau petugas PI. Kini adik Amira boleh berbangga dengan rakan-rakan lain kerana boleh menggunakan semua aplikasi dalam talian serta memudahkan beliau menyelesaikan kerja kursus yang diberikan oleh guru di sekolah.


USAHAWAN JAHITAN 

Nama   Samsul Bin Abu Samat
Umur   40 Tahun  
Ahli  14 Januari 2017 

 

Latar belakang

En Samsul merupakan seorang usahawan dalam bidang jahitan. Beliau memulakan perniagaan ini pada tahun 2010, apabila tamat latihan dalam bidang fesyen dan rekaan baju di GIAT MARA Segamat. Minat yang mendalam dalam bidang fesyen mendorong lagi semangat beliau memulakan perniagaan. Dengan bermodalkan mesin jahit warisan ibu, beliau mula mengambil tempahan pakaian dari rakan-rakan sekampung. Jahitan yang kemas dan selesa dipakai membuatkan setiap pelanggan yang datang tidak jemu untuk menempah lagi. Pada tahun 2015, beliau menyewa sebuah premis di Segamat Baru, kini beliau juga menyediakan perkhidmatan kelas jahitan.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di PI, En. Samsul tidak mempunyai email peribadi, tidak cekap menaip dan tidak mampu untuk mencetak/menggunakan mesin pencetak. Sebarang borang pembiayaan atau dokumen yang diperlukan di atas talian dibantu dan dicetak oleh petugas PI. Beliau juga tidak mampu untuk menaip dengan cekap selain tidak boleh menggunakan peralatan ICT seperti mesin pencetak tanpa bantuan petugas.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Petugas telah memberi panduan kepada peserta mengenai teknik asas menggunakan teknologi email, perisian seperti Microsoft Word dan mencetak dengan menggunakan mesin mencetak di PI. Setelah melalui beberapa latihan dan bengkel ICT di PI, En Samsul telah dapat mahir menaip dengan cekap. Beliau kemudian mencetak dokumen tersebut tanpa bantuan petugas PI, kini En Samsul boleh berbangga kerana beliau kini sudah semakin mahir menggunakan komputer serta semakin mahir menaip dan menggunakan Microsoft Word tanpa bantuan petugas lagi.