USAHAWAN JAHITAN
Nama | Samsul Bin Abu Samat |
Umur | 40 Tahun |
Ahli | 14 Januari 2017 |
Latar belakang
En Samsul merupakan seorang usahawan dalam bidang jahitan. Beliau memulakan perniagaan ini pada tahun 2010, apabila tamat latihan dalam bidang fesyen dan rekaan baju di GIAT MARA Segamat. Minat yang mendalam dalam bidang fesyen mendorong lagi semangat beliau memulakan perniagaan. Dengan bermodalkan mesin jahit warisan ibu, beliau mula mengambil tempahan pakaian dari rakan-rakan sekampung. Jahitan yang kemas dan selesa dipakai membuatkan setiap pelanggan yang datang tidak jemu untuk menempah lagi. Pada tahun 2015, beliau menyewa sebuah premis di Segamat Baru, kini beliau juga menyediakan perkhidmatan kelas jahitan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum penglibatannya di PI, En. Samsul tidak mempunyai email peribadi, tidak cekap menaip dan tidak mampu untuk mencetak/menggunakan mesin pencetak. Sebarang borang pembiayaan atau dokumen yang diperlukan di atas talian dibantu dan dicetak oleh petugas PI. Beliau juga tidak mampu untuk menaip dengan cekap selain tidak boleh menggunakan peralatan ICT seperti mesin pencetak tanpa bantuan petugas.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Petugas telah memberi panduan kepada peserta mengenai teknik asas menggunakan teknologi email, perisian seperti Microsoft Word dan mencetak dengan menggunakan mesin mencetak di PI. Setelah melalui beberapa latihan dan bengkel ICT di PI, En Samsul telah dapat mahir menaip dengan cekap. Beliau kemudian mencetak dokumen tersebut tanpa bantuan petugas PI, kini En Samsul boleh berbangga kerana beliau kini sudah semakin mahir menggunakan komputer serta semakin mahir menaip dan menggunakan Microsoft Word tanpa bantuan petugas lagi.
http://tmnyayasan.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/170-kisah-kejayaan-samsul-bin-abu-samat#sigFreeId45a6d83f5c