USAHAWAN BAKERY 

Nama  Nurul Asyikrin Bt Mohd Zin
Umur   31 Tahun
Ahli   12 Disember 2017

Latar Belakang

Shahzin Enterprise merupakan perniagaan yang diusahakan oleh Cik Nurul Asykirin bersama ibunya Puan Aishah sejak 5 tahun yang lalu, pada mulanya hanya dijalankan dirumah. Pada tahun 2016, mereka meluaskan perniagaan dan menyewa satu lot premis perniagaan di Pusat Komersial Utama kerana ingin memenuhi permintaan biskut raya setiap tahun yang semakin bertambah. Disamping itu juga mereka menerima tempahan kek hari lahir dan perkahwinan, juga makanan panas yang disediakan di café.

Mempromosikan produk secara atas talian melalui page facebook Shahzin Enterprise para pelanggan boleh terus datang sendiri ke café untuk mendapatkan produk menarik keluaran Shahzin Enterprise. Beliau juga turut memasarkan produk ini disekitar Batu Pahat dan Johor Bahru melalui agen yang dilantik.

 Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di PI, Cik Nurul Asykirin tidak mempunyai email peribadi, tidak cekap menaip dan tidak mampu untuk menggunakan komputer serta mencetak/menggunakan mesin pencetak. Sebarang borang pembiayaan atau dokumen yang diperlukan di atas talian dibantu dan dicetak oleh petugas PI. Beliau juga tidak mampu untuk menaip dengan cekap selain tidak boleh menggunakan peralatan ICT seperti mesin pencetak tanpa bantuan petugas. Beliau hanya menggunakan telefon pintar semata-mata. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Taman Yayasan, beliau kini telah memiliki facebook dan Page sendiri yang dapat mempromosikan Café serta produk mereka. Mereka juga turut menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti untuk memasarkan produk. Pelanggan dari luar kawasan Segamat juga boleh membuat tempahan diatas talian bagi mendapatkan produk beliau. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM2000 – RM3000.