USAHAWAN JAHITAN

Nama  Norhayati binti Sol
Umur  38 Tahun 
Ahli   23 Oktober 2016

 

Latar belakang 

Cik Norhayati memulakan perniagaan pada tahun 2007, setelah tamat latihan di Giat Mara, dalam bidang jahitan pakaian lelaki dan wanita beliau terus memulakan perniagaan secara kecilan dari tempahan jiran tetangga dan juga rakan-rakan. Minat yang mendalam dalam bidang jahitan, beliau sentiasa meningkatkan kemahiran seperti mengikuti kursus sulaman, jahitan baju korporat, dan jahitan baju pengantin. Pada tahun 2014, beliau membina bengkel jahitan sendiri di hadapan rumahnya, dengan dibantu oleh seorang pekerja, setiap tempahan sentiasa dapat dipenuhi terutamanya pada musim perayaan. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum penglibatannya di PI, Cik Norhayati Bt Sol tidak mempunyai email peribadi, tidak cekap menaip dan tidak mampu untuk menggunakan komputer serta mencetak/menggunakan mesin pencetak. Sebarang borang pembiayaan atau dokumen yang diperlukan di atas talian dibantu dan dicetak oleh petugas PI. Beliau juga tidak mampu untuk menaip dengan cekap selain tidak boleh menggunakan peralatan ICT seperti mesin pencetak tanpa bantuan petugas. Beliau hanya menggunakan telefon pintar semata-mata. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Petugas telah memberi panduan kepada peserta mengenai teknik asas menggunakan teknologi email, perisian seperti Microsoft Word dan mencetak dengan menggunakan mesin mencetak di PI. Setelah melalui beberapa latihan dan bengkel ICT di PI, Cik Norhayati telah dapat mahir menaip dengan cekap. Beliau kemudian mencetak dokumen tersebut tanpa bantuan petugas PI. Beliau juga turut menghadiri kelas komputer yang dijalankan di PI pada setiap minggu bersama rakan-rakan yang lain. Dengan bantuan petugas PI, kini Cik Norhayati boleh berbangga kerana beliau kini sudah semakin mahir menggunakan komputer serta semakin mahir menaip dengan menggunakan Microsoft Word.