Nama | Nurul Nadia Binti Misri |
Umur | 28 Tahun |
Ahli | 2018 |
Latar belakang
Puan Nurul Nadia Binti Misri merupakan seorang staf Taska Permata di UITM Segamat Johor.Beliau mempunyai 3 cahaya mata.Beliau menjinakkan diri dalam perniagaan kek ini adalah kerana minat disamping boleh menambah pendapatan beliau sendiri.Beliau turut merupakan usahawan dibawah bimbingan Pejabat Pertanian Daerah Segamat.Beliau melibatkan diri dalam perniagaan kek dari rumah ini bermula dari tahun 2017.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini, pelanggan beliau hanyalah dikalangan masyarakat setempat seperti jiran-jiran, keluarga rapat dan rakan-rakan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kini, beliau telah mencuba untuk memasarkan perkhidmatan ini melalui laman facebook beliau sendiri dan sambutannya sangat menggalakkan dimana beliau turut menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah untuk produk beliau (COD). Beliau turut memasarkan produk beliau di laman perniagaan Dashboard Komuniti (MyShop) atas bimbingan latihan yang diadakan oleh Pusat Internet Taman Yayasan.
Latar belakang
Puan Siti Andriany Binti Ahmad merupakan seorang suri rumah yang mempunyai 3 cahaya mata.Memandangkan beliau seorang yang aktif beliau telah mencuba melibatkan diri dalam kursus pengendalian makanan yang dianjurkan oleh Pejabat Pertanian Daerah Segamat.Pada mulanya, tujuan beliau adalah sekadar mengisi masa lapang, namun apabila beliau mencuba untuk berniaga secara kecilan-kecilan, beliau tidak menyangka dengan berniaga dari rumah dapat menghasilkan pendapatan yang agak memuaskan disamping dapat membantu sedikit sebanyak pendapatan seisi keluarga beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini, pelanggan beliau hanyalah dikalangan masyarakat setempat seperti jiran-jiran, keluarga rapat dan rakan-rakan sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kini, beliau telah mencuba untuk memasarkan perkhidmatan ini melalui laman facebook beliau sendiri dan sambutannya sangat menggalakkan dimana beliau turut menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah untuk produk beliau (COD).Beliau turut memasarkan produk beliau di laman perniagaan Dashboard Komuniti (MyShop) atas bimbingan latihan yang diadakan oleh Pusat InternetTaman Yayasan.
CELIK IT - Muhammad Zharfan Bin Noor Suffuidin
Nama | Muhammad Zharfan Bin Noor Suffuidin |
Umur | 27 Tahun |
Ahli | 2018 |
Latar belakang
Muhammad Zharfan Bin Noor Suffuidin merupakan ahli di Pusat Internet Taman Yayasan. Muhammad Zharfan Bin Noor Suffuidin berusia 27 tahun. Beliau seorang yang ramah dan mudah mesra.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Muhammad Zharfan tidak mempunyai asas dalam penggunaan komputer, namun beliau fokus dan berminat dalam penggunaan komputer khususnya dalam penggunaan Microsoft Office.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan yang dibimbing oleh Petugas Pusat Internet Taman Yayasan, Muhammad Zharfan sudah tahu cara untuk menggunakan Microsoft Office, terutamanya Microsoft Word, mencipta akaun Google dan menghantar email.
Setelah beberapa bulan mengikuti kelas di Pusat Internet, Muhammad Zharfan telah banyak menunjukkan peningkatan dan semakin mahir untuk menggunakan komputer.
Latar belakang
Pn Azizah merupakan pesara kerajaan, memulakan perniagaan dengan menjual produk makanan sejuk beku iaitu ‘Roti Paratha Tisha’s’ pada awal tahun 2017. Menjual produk dari rumah ke rumah serta melalui aplikasi Whatsapp,beliau juga turut membuat jualan terus kepada pelanggan seperti Pasar Tani, Pasar Malam, Expo dan Hari Bersama.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Pendapatan bulanan Pn Azizah sebelum mengikuti kelas keusahawanan di PI1M sekitar RM500 sebulan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet 1Malaysia Taman Yayasan, beliau kini telah memiliki facebook dan Page sendiri yang dapat mempromosikan lagi ‘Roti Paratha Tisha’s’. Mereka juga turut menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti untuk memasarkan produk. Pelanggan dari luar kawasan Segamat juga boleh membuat tempahan diatas talian bagi mendapatkan produk beliau. Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM1000 – RM1500.
Nama | Siti Nor Haslin Binti Shahrom |
Umur | 36 Tahun |
Ahli | 2018 |
Latar belakang
Puan Siti Nor Haslin merupakan seorang suri rumah yang minat terhadap dunia masakan. Beliau pada asalnya adalah suri rumahtangga yang rutinnya biasa menguruskan urusan keluarga. Namun, beliau mula berjinak-jinak dengan dunia perniagaan ini apabila beliau terfikir untuk membantu menambah pendapatan keluarga bagi membantu suaminya. Beliau mula berniaga pada tahun 2015 dan dibantu oleh Pejabat Pertanian Daerah Segamat dibawah penyeliaan Puan Noor Sakinah Sothir.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini Puan Siti Nor Haslin hanya menjual produknya di bazar karat, pasar malam dan rumah ke rumah sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Kini, beliau telah memasarkan produknya melalui laman sosial seperti facebook mahupun blog. Kini produknya telah meningkat jualannya apabila beliau menjadikan platform atas talian ini sebagai salah satu platform pemasaran beliau.