USAHAWAN KUIH MUIH SEJUK BEKU

Nama  Norhidayah bt Tukiman 
Umur  30 Tahun
Ahli  14 Febuari 2016

Latar Belakang

Puan Norhidayah memulakan perniagaan pada tahun 2015, dengan hanya niat mengisi masa lapang selepas mengambil keputusan untuk berhenti kerja. Beliau memulakan perniagaan kuih sejuk beku ini secara kecil-kecilan. Memulakan dengan 3 hingga 4 jenis kuih Pn Norhidayah tidak menyangka sambutan dari kawan terdekat dan saudara mara amat menggalakkan dan membuatkan beliau semakin bersemangat untuk menghasilkan pelbagai lagi jenis produk berasaskan sejuk beku. 

Promosi yang dijalankan di laman sosial “Facebook” ternyata membuahkan hasil berbanding promosi yang sebelum ini dijalankan dari mulut ke mulut sahaja. Kini “Frozen Food Dayah Tukiman” semakin dikenali dan pemasarannya juga meluas ke luar daerah Segamat dan mempunyai 10 jenis produk. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Puan Norhidayah adalah seorang yang tidak langsung mempunyai ilmu dalam bidang ICT. Tetapi dengan semangat yang kuat, beliau telah menyertai kelas mingguan yang diadakan di PI Taman Yayasan. Sebelum ini, Puan Norhidayah merasakan amat sukar untuk membiasakan diri dengan komputer kerana tidak tahu cara untuk menggunakannya. Tetapi dengan semangat yang tinggi Puan Norhidayah sangat tekun dan cepat belajar bagi memudahkan urusan dalam mempromosikan perniagaannya.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Melalui kelas latihan keusahawanan yang diadakan di Pusat Internet  Taman Yayasan, Puan Norhidayah kini telah memiliki akaun ‘facebook’ sendiri yang dapat membantu mempromosikan perniagaan kuih muih sejuk beku beliau. Melalui ‘facebook’ kini beliau telah berjaya mempromosikan perniagaannya di dalam dan di luar kawasan Segamat. Selepas promosi yang dibuat melalui laman sesawang ‘facebook’ dan aplikasi ‘whatsapp’, beliau telah menerima banyak tempahan. Contohnya, untuk majlis sambutan hari lahir, Hari Jururawat, majlis perkahwinan dan sebagainya untuk dijadikan sebagai menu pencuci mulut.