Latar belakang

Muhammad Faiz Bin Azman merupakan seorang remaja lepasan SPM. Pada mulanya, tujuan beliau berniaga adalah hanya sekadar mengisi masa lapang sambil membantu ibunya, namun apabila beliau mencuba untuk berniaga secara kecilan-kecilan, beliau tidak menyangka dengan berniaga dari rumah dapat maklum balas yang baik dan dapat meningkatkan pendapatan bulanannya hasil daripada berniaga. Kini beliau sudah memulakan perkhidmatan penghantaran ke rumah secara percuma untuk warga Segamat

  

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum ini, pelanggan beliau hanyalah dikalangan masyarakat setempat seperti jiran-jiran, keluarga rapat dan rakan-rakan sahaja dan hanya di promosikan melalui aplikasi whatsapp.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Kini, beliau telah mencuba untuk memasarkan perkhidmatan ini melalui laman facebook dan instagram beliau sendiri dan sambutannya sangat menggalakkan dimana beliau turut menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah untuk produk beliau (COD) secara percuma untuk daerah Segamat. Beliau turut memasarkan produk beliau di laman perniagaan Dashboard Komuniti (MyShop) atas bimbingan latihan yang diadakan oleh Pusat Internet Taman Yayasan.

WhatsApp Image 2019 09 12 at 2.21.38 PM

 

Lebih gambar di sini