Latar belakang

Puan Siti Fatimah Binti Ali merupakan graduan Diploma jurusan Perakaunan dari Politeknik Sultan Azlan Shah, Perak.Kini beliau bertugas sebagai seorang Penolong Pegawai Perakauanan di UITM Segamat.Beliau mempunyai 2 orang anak lelaki dan seorang anak perempuan.Beliau suka menjahit pelbagai jenis pakaian untuk mengisi masa lapang beliau.Dengan kemahiran yang ada, Puan Siti memanfaatkan peluang ketika dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dengan menghasilkan produknya sendiri untuk keperluan masyarakat ketika ini.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Sebelum menghadiri latihan bersama Pusat Internet jualan produknya hanya bergantung kepada jualan fizikal.Walaupun mempunyai platform atas talian seperti Shopee tetapi tiada jualan yang dapat diperolehnya.

 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Setelah menghadiri latihan Shopee yang dianjurkan oleh PIK Taman Yayasan, Puan Siti Fatimah telah mendapat jualan dari beberapa orang pembeli dari seluruh negara termasuk Sabah

 

Gambar di sini