Latar belakang
Saudari Asha merupakan seorang lepasan SPM yang masih belum memiliki sebarang pekerjaan.Beliau sedar atas tuntutan dunia pekerjaan sekarang yang memerlukan penguasaan ICT yang baik bagi memudahkan beliau memperoleh pekerjaan, dengan itu saudari Asha telah mengikuti latihan Dekstop Publishing di Pusat Internet Taman Yayasan bagi mengukuhkan lagi penguasaan ICT beliau.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sebelum ini Saudari Asha hanya boleh melayari internet dan sosial media sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas yang telah dihadiri, Saudari Asha telah boleh menguasai asas ICT yang perlu ada untuk beliau memohon pekerjaan yang memerlukannya menggunakan komputer dan aplikasi Microsoft Word yang sebelum ini beliau jarang menggunakannya. Kini, beliau juga semakin mahir dalam menggunakan komputer berbanding sebelum beliau mengikuti kelas ICT.