Usahawan Daging Kambing Perap Padu
Nama | Mohd Fadely Bin Rejah |
Umur | 35 Tahun |
Latar Belakang
Encik Fadely Bin Rejah sebelum ini pernah mengusahakan perniagaan cendawan dan perniagaan ini masih berjalan sehingga kini. Minat yang mendalam dalam bidang perniagaan membuatkan En.Fadely menjalankan perniagaan secara atas talian (online) iaitu Daging Kambing Perap Padu.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM500 sebulan bergantung kepada permintaan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Melalui kelas latihan keusahawanan yang dibimbing oleh Pusat Internet Taman Yayasan, beliau kini telah memiliki facebook sendiri yang dapat mempromosikan perniagaan beliau termasuklah Cendawan dan Kambing Perap Padu ini. Menjelang bulan puasa ini, beliau menjalankan perniagaan di bazar Ramadan Taman Yayasan bagi meningkatkan hasil jualan Kambing Perap Padunya.
Promosi menggunakan media sosial seperti Whatsapp juga dilakukan agar berita/promosi dapat diviralkan dengan lebih cepat.
http://tmnyayasan.pjk.com.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/218-keusahawanan#sigFreeId5bac1c9fc1