Tarikh | 15 Mac 2019 |
Masa | 8.00 pg - 12.30 ptg |
Tempat | PI Taman Yayasan |
Peserta | 137 Orang |
Tujuan :
Program ini bertujuan mempromosikan aplikasi Dashboard Komuniti ( My Health & My Shop ) kepada komuniti disekitar kawasan Taman Yayasan khususnya. Peserta juga turut berpeluang membuat pemeriksaan kesihatan secara percuma seperti pemeriksaan tekanan darah menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti (My Health).
Aktiviti :
Membantu usahawan memperomosikan produk mereka ke aplikasi Dashboard ( My Shop), para peserta juga berpeluang untuk membuat pemeriksaan tekanan darah tinggi menggunakan aplikasi Dashboard Komunit ( My Health ). Para peserta juga didedahkan dengan taklimat Klik Dengan Bijak (KDB), taklimat daripada pihak Agrobank, taklimat Dashboard Komuniti dan advokasi SKMM.
Tarikh | 3 & 4 Februari 2019 |
Masa | 9.00 pagi - 1.00 petang |
Tempat | Pejabat KEMAS Segamat |
Tujuan :
Matlamat kelas ini adalah untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan Adobe Photoshop.
Aktiviti :
Peserta didedahkan dengan cara dan penggunaan fungsi-fungsi yang terdapat di Adobe Photoshop.
Tarikh | 21 Disember 2018 |
Masa | 7.30 pg - 12.30 tengahari |
Tempat | Pusat Internet Taman Yayasan |
Peserta | Komuniti Taman Yayasan |
Tujuan :
Program ini merupakan program khusus yang bertemakan Jom Sihat. Komuniti Taman Yayasan dan sekitarnya dijemput bagi memeriahkan majlis dan mereka dapat mengetahui status kesihatan mereka melalui booth KOSPEN Kg Bumbun.
Aktiviti :
Aktiviti yang dijalankan semasa Program Jom Sihat ini adalah saringan kesihatan, ceramah dan demonstrasi pertolongan cemas, pameran pakaian kesihatan dan urutan refleksologi. Manakala di dalam pusat internet pula, aktiviti seperti kuiz online yang bertemakan kesihatan, pertandingan mencipta menu sihat, sesi bersama Mary Kay (Sesi penjagaan kulit), pertandingan Plot dan Menang, dan juga sesi demonstrasi pertolongan cemas bersama pihak Hospital Segamat.
Tarikh | 17 Januari 2019 |
Masa | 10.30 pg - 2.00 ptg, 3.00 ptg - 5.00 ptg |
Tempat | Pusat Internet Taman Yayasan |
Tujuan :
Peserta terdiri daripada 13 orang ahli Pusat Internet Taman Yayasan. Matlamat kelas ini adalah untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan Microsoft Word.
Aktiviti :
Peserta didedahkan dengan cara untuk membuat flyers dan buku program menggunakan Microsoft Word.
Tarikh | 25 Oktober 2018 |
Masa | 9.00 pg - 12.00 tengahari |
Tempat | Bilik Latihan PI |
Peserta | 16 Orang |
Tujuan :
Program ini merupakan program khusus untuk kanak-kanak Tadika Kemas Kg Jabi 1. Mereka telah diberikan pendedahan tentang penggunaan Pusat Internet.
Aktiviti :
Aktiviti yang dijalankan bersama-sama kanak - kanak dan guru Tadika Kemas Kg Jabi 1 ialah pendedahan tentang Pusat Internet dan E-Pembelajaran. Mereka diajar menyusun dan mewarna lukisan secara atas talian.