Tarikh | 8 November 2018 |
Masa | 9.00 pagi - 11.00 pagi |
Tempat | SMK Canossian Convent |
Peserta | 41 Orang |
Tujuan :
Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar dan guru di SMK Canossian Convent tentang Kempen Klik Dengan Bijak dan penggunaan internet secara berhemah yang merupakan salah satu tindakan proaktif yang diambil oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia. Kempen ini juga dilaksanakan sebagai satu Kempen Kesedaran Awam Keselamatan Internet yang bertemakan “Klik dengan Bijak” yang bermatlamatkan keselamatan, waspada dan tanggungjawab.
Melalui program ini pelajar dan guru dapat meningkatkan kesedaran dan pengetahuan mereka dalam penggunaan internet di dalam aktiviti harian mereka.
Aktiviti :
Peserta didedahkan dengan cara penggunaan internet secara berhemah. Peserta juga didedahkan dengan bahaya dan kesan daripada penyalahgunaan maklumat di media sosial seperti penyebaran berita palsu, buli siber dan plagiarsme. Selain itu, peserta juga diberikan pendedahan tentang modul Mobile E-Waste dan Check My Label. Di penghujung program, sesi soal jawab dan kuiz diadakan oleh Petugas Pusat Internet untuk menguji pengetahuan peserta selepas modul tersebut habis dibentangkan.