Tarikh | 15 September 2018 |
Masa | 10.00 pagi - 1.30 petang |
Tempat | Pusat Internet Taman Yayasan |
Peserta | 9 Orang |
Tujuan :
Program ini bertujuan untuk mendedahkan peserta dengan kelebihan internet untuk menjana pendapatan sampingan mereka dengan menggunakan platform-platform yang disediakan secara percuma seperti MyShop. Selain dari itu, petugas turut memperkenalkan fungsi Pusat Internet serta perkhidmatan dan latihan yang ditawarkan.Dalam pada itu juga,kami juga mempromosikan aplikasi Dashboard Komuniti dengan menerangkan setiap modul-modul yang terdapat didalamnya serta meminta semua peserta untuk memuat turun aplikasi tersebut.
Melalui program ini peserta dapat meningkatkan pengetahuan mereka dalam mempromosikan barangan melalui aplikasi MyShop.
Aktiviti :
Peserta didedahkan dengan aplikasi atau platform MyShop yang boleh membantu mereka dalam mempromosikan barangan dan produk mereka. Peserta juga didedahkan dengan penggunaan aplikasi Dashboard Komuniti dan diberi penerangan bagi setiap modul yang terdapat di dalam Dashboard Komuniti.