Tarikh | 4 November2020 |
Masa | 9.00 pagi - 1.00 petang |
Tempat | PI TAMAN YAYASAN |
Tujuan:
- Tujuan Kelas Facebook dan Instagram ini diadakan adalah untuk menambah peluang peserta untuk memasarkan produk mereka di platform atas talian disamping dapat melahirkan usahawan yang berdaya saing secara maya. Ini juga secara tidak langsung dapat membuka peluang pemasaran produk yang mengikut peredaran masa kini dan memudahkan mereka dalam mempromosikan barangan jualan mereka.
Aktiviti :
- 1. Facebook Page:
- Cara untuk migrate Facebook Personal kepada Facebook Page
- Cara untuk mengubah “setting” Messenger bagi menjadikannya auto reply.
- Cara untuk melengkapkan “Page Info”.
- 2. Instagram Business:-
- Migrate Instagram personal kepada Business
- Cara untuk membuat post baru
- Cara untuk menghasilkan foto yang menarik.
Tarikh | 18 Oktober 2020 |
Masa | 9.00 pagi - 5.00 petang |
Tempat | Hub Digital KEMAS Parlimen Segamat |
Tujuan:
Kelas Usahawan Online Shopee ini adalah bertujuan untuk membantu peserta dalam mempromosikan dan memasarkan barangan jualan / produk mereka secara atas talian menggunakan platform Shopee. Mereka juga dapat meningkatkan pengetahuan mereka untuk berniaga melalui platform ini secara tidak langsung dan mewujudkan minat peserta dalam menambah ilmu pengetahuan dalam penggunaan ICT dan dapat melahirkan usahawan yang berdaya saing secara maya.
Aktiviti :
Pengenalan kepada SHOPEE
Mencipta akaun Seller
Menyediakan Profil Kedai Shopee
Menambah Produk ke dalam kedai
Mencipta e-Wallet
Cara memproses tempahan dan penghantaran
Cara membuat pemasaran menggunakan SHOPEE Voucher, Promosi Diskaun, Add On Deal dan Bundle Deal
Tarikh | 3, 6 & 15 Ogos 2020 |
Masa | 10.00 pagi - 1.00 petang |
Tempat | Bilik Latihan PI Taman Yayasan |
Tujuan:
Kelas Usahawan Online Shopee ini adalah bertujuan untuk membantu peserta dalam mempromosikan barangan jualan / produk mereka secara atas talian menggunakan platform Shopee. Mereka juga dapat meningkatkan pengetahuan mereka untuk berniaga melalui platform ini secara tidak langsung dan mewujudkan minat peserta dalam menambah ilmu pengetahuan dalam penggunaan ICT.
Aktiviti :
Memberi pengenalan tentang platform Shopee.
Mencipta akaun shopee.
Mencipta dan menyediakan profil kedai.
Memuatnaik gambar dan menyediakan keterangan produk.
Tarikh | 30 Ogos & 2 September 2020 |
Masa | 3.00 pagi - 6.00 petang |
Tempat | Bilik Latihan PI Taman Yayasan |
Tujuan:
- Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk membina kreativiti para peserta disamping menambah nilai pengetahuan peserta terhadap penggunaan platform suntingan imej dan mewujudkan minat peserta dalam menambah ilmu pengetahuan dalam penggunaan ICT. Para peserta yang mengikuti kelas ini juga merupakan peserta yang mengikuti pertandingan poster yang dianjurkan oleh Pusat Internet
Aktiviti :
Memberi penerangan Pertandingan Mencipta Poster
Memulakan dengan memuat turun gambar-gambar yang bersesuai untuk digunakan di dalam poster.
Mencipta poster menggunakan aplikasi Microsoft Power Point.
Tarikh | 14, 17, 18 & 24 Ogos 2020 |
Masa | 10.00 pagi - 1.00 petang |
Tempat | Bilik Latihan PI Taman Yayasan |
Tujuan:
Adik Muhammad Irfan merupakan ahli di Pusat Internet Taman Yayasan. Matlamat kelas ini adalah untuk memberi pendedahan dan meningkatkan kemahiran peserta dalam menggunakan Microsoft Word disamping memahirkan diri dalam penggunaan komputer.
Aktiviti :
Pelajar didedahkan dengan cara penggunaan SmartArt, Cover Photo di mana pelajar di ajar mencipta dan carta menggunakan SmartArt di dalam Aplikasi Microsoft Word