Tarikh | 3 Januari 2020 |
Masa | 9.00 pagi - 1.00 petang |
Tempat | Bilik Latihan PI Taman Yayasan |
Tujuan :
Matlamat program ini adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada semua pengendali makanan di sektor perkhidmatan dan industri makanan.
Aktiviti :
Peserta didedahkan dengan pelbagai panduan dan diberikan taklimat tentang pengendali makanan dan cara pengedalian makanan.
Tarikh | 18 November 2019 |
Masa | 10.00 pagi - 1.00 petang |
Tempat | Pusat Internet Taman Yayasan |
Peserta | 4 Orang |
Tujuan :
Program ini bertujuan untuk mendedahkan peserta dan membantu peserta dalam melancarkan tugasan harian peserta dan melahirkan individu celik IT tanpa mengira perbezaan umur dan keupayaan fizikal.
Melalui program ini peserta dapat meningkatkan pengetahuan mereka dan membantu mereka dalam memudahkan urusan kerja yang menggunakan surat rasmi.
Aktiviti :
Peserta didedahkan dengan surat rasmi, fungsi dan format untuk mengarang surat rasmi sebelum peserta mula merangka untuk membuat surat rasmi.
Tarikh | 4 Oktober 2019 |
Masa | 9.00 pagi - 1.00 petang |
Tempat | Bilik Latihan PI Taman Yayasan |
Tujuan :
Matlamat program ini adalah untuk memberi pendedahan dan kesedaran tentang kepentingan penyediaan makanan yang bersih dan selamat kepada semua pengendali makanan di sektor perkhidmatan dan industri makanan.
Aktiviti :
Peserta didedahkan dengan pelbagai panduan dan diberikan taklimat tentang pengendali makanan dan cara pengedalian makanan.
Tarikh | 10 November 2019 |
Masa | 10.00 pg - 1.00 ptg |
Tempat | Pusat Internet Taman Yayasan |
Tujuan :
Peserta merupakan ahli Pusat Internet Taman Yayasan. Matlamat kelas ini adalah untuk memberi pendedahan membantu para peserta dalam meningkatkan promosi produk jualan mereka di laman sosial menggunakan facebook page dan membantu peserta dalam menambah ilmu pengetahuan dalam penggunaan ICT.
Aktiviti :
Peserta diajar cara untuk mencipta facebook page mereka sendiri untuk mempromosikan produk-produk jualan mereka.
Tarikh | 23 Ogos 2019 |
Masa | 7.30 pg - 12.30 tengahari |
Tempat | Pusat Internet Taman Yayasan |
Peserta | Komuniti Taman Yayasan |
Tujuan :
Program ini merupakan program khusus yang bertemakan Lestari ICT dan Cakna Kesihatan. Komuniti Taman Yayasan dan sekitarnya dijemput bagi memeriahkan majlis dan mereka dapat mengetahui status kesihatan mereka melalui booth KOSPEN Kg Bumbun disamping dapat mendapatkan maklumat-maklumat daripada booth yang ada di program ini.
Aktiviti :
Aktiviti yang dijalankan semasa Program Jom Sihat ini adalah saringan kesihatan, ceramah dan demonstrasi pertolongan cemas dari Jabatan Kecemasan Hospital Segamat, pameran booth-booth yang terlibat dan urutan refleksologi. Manakala di dalam pusat internet pula, aktiviti seperti kuiz online yang bertemakan kesihatan, pertandingan mencipta menu sihat, sesi Serasi Bersama, dan juga sesi Advokasi Dashboard Komuniti.