Tarikh | 25 Mei 2018 |
Masa | 9.30 pagi - 11.30 pagi |
Tempat | Pusat Internet Taman Yayasan |
Peserta | 7 Orang |
Tujuan:
Peserta terdiri daripada 7 orang ahli Pusat Internet Taman Yayasan. Matlamat kelas ini adalah untuk memberi pendedahan dan ilmu dalam penggunaan Aplikasi Adobe Photoshop.
Aktiviti :
Pelajar didedahkan dengan cara penggunaan Aplikasi Adobe Photoshop di mana pelajar di ajar menggunakan Adobe Photoshop untuk membuat poster sempena Hari Deepavali dengan mudah.
Tarikh : 12 Mei 2018 Masa : 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari Tempat : Pusat Internet Taman Yayasan Peserta : 3 Orang |
Tujuan :
Peserta terdiri daripada 3 orang ahli baru Pusat Internet Taman Yayasan. Matlamat kelas ini adalah untuk memberi pendedahan dan ilmu baharu kepada pelatih baru yang menyertai kelas bulanan di Pusat Internet.
Aktiviti :
Pelajar didedahkan dengan cara penggunaan Aplikasi Paint di mana pelatih di ajar asas menggunakan tetikus untuk melukis. Di sini, kita dapat memberi latihan penggunaan tetikus, cara mengawal cursor tetikus dan cara untuk menggunakan klik.
Tarikh | 19 Febuari 2018 |
Masa | 3.00 ptg - 5.30 ptg |
Tempat | Bilik Latihan PI |
Peserta | 1 Orang |
Tujuan :
Program ini merupakan program terbuka kepada sesiapa sahaja. Peserta diajar menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti.
Aktiviti :
Pelaksanaan utama adalah dengan memperkenalkan cara pembelajaran secara atas talian, dengan mempelajari cara-cara memuat naik gambar serta memperkenalkan produk jualan mereka dengan menggunakan aplikasi yang terdapat di dalam Dashboard Komuniti (Myshop), peserta juga didedahkan dengan penggunaan komputer seperti saranan SKMM, membantu komuniti celik IT serta KDB (Klik Dengan Bijak).
Tarikh : 12 April 2018 Masa : 3.00 Petang - 5.00 Petang Tempat : Pusat Internet Taman Yayasan Peserta : 2 Orang |
Tujuan :
Peserta terdiri daripada 2 orang belia berumur 18 tahun. Matlamat kelas ini adalah untuk memberi pendedahan dan ilmu baharu tentang Microsoft Office Excel, di mana ianya kurang digunakan oleh golongan belia dan pelajar sekolah menengah.
Aktiviti :
Pelajar didedahkan dengan cara penggunaan Microsoft Office Excel dengan betul. Penggunaan elemen-elemen seperti Conditional Formating, Pivot Table, Asas Operasi, Sparklines, Colum To Table, dan lain-lain turut diajar. Pelajar juga disediakan modul latihan untuk melihat tahap kefahaman mereka tentang subjek yang diajar.
Tarikh | 19 Febuari 2018 |
Masa | 10.00 pg - 12.00 tghri |
Tempat | Bilik Latihan |
Peserta | 1 Orang |
Tujuan :
Program ini merupakan program terbuka kepada sesiapa sahaja. Mereka diajar menggunakan Microsoft Word untuk membina "Resume".
Aktiviti :
Pelaksanaan utama adalah dengan memperkenalkan cara pembelajaran secara atas talian. Dengan menggunakan teknologi masa kini, membina "resume" kini lebih mudah dan pantas. Peserta juga didedahkan dengan penggunaan komputer seperti saranan SKMM, membantu komuniti celik IT serta KDB (Klik Dengan Bijak)