Tarikh | 8 Januari 2018 |
Masa | 3.30 ptg - 4.30 ptg |
Tempat | Bilik Latihan PI |
Peserta | 6 Orang |
Tujuan :
Program ini merupakan program terbuka kepada sesiapa sahaja. Mereka diajar bagaimana mengenal hukum-hukum tajwid Alquran dengan menggunakan kaedah signboard tajwid.
Aktiviti :
Pelaksanaan utama adalah dengan memperkenalkan cara pembelajaran secara atas talian iaitu " mengaji online". Dengan menggunakan teknologi masa kini, mengaji kini lebih mudah dan pantas. Peserta juga didedahkan dengan penggunaan komputer seperti saranan SKMM, membantu komuniti celik IT serta KDB (Klik Dengan Bijak)
Tarikh | 20 Januari 2018 |
Masa | 10.00 pg - 12.00 tengahari |
Tempat | Bilik Latihan PI |
Peserta | 7 Orang |
Tujuan :
Program ini merupakan program khusus untuk kanak-kanak sekolah rendah dan menengah. Mereka telah dididik mengenai inisiatif-inisiatif daripada pihak SKMM. Program latih tubi turut dijalankan di mana para pelajar akan menjawab soalan-soalan peperiksaan yang terdapat didalam laman web kahoot.com
Aktiviti :
-
- Pelaksanaan utama adalah dengan memperkenalkan cara pembelajaran secara atas talian serta berkongsi ilmu baru mengenai inisiatif-inisiatif daripada SKMM. Taklimat KDB, taklimat Dashboard Komuniti dan taklimat Klik Dengan Bijak.
Tarikh | 26 Januari 2018 |
Masa | 10.00 pg - 12.00 tengahari |
Tempat | Bilik Latihan PI |
Peserta | 7 Orang |
Tujuan :
Program ini merupakan program khusus untuk kanak-kanak sekolah menengah dan rendah. Mereka telah dididik mengenai inisiatif-inisiatif daripada pihak SKMM. Pelajar turut diajar asas membuat video dengan menggunakan aplikasi 'Filmora'.
Aktiviti :
Pelaksanaan utama adalah dengan memperkenalkan cara pembelajaran secara atas talian serta berkongsi ilmu baru mengenai inisiatif-inisiatif daripada SKMM. Selain itu dapat memberi ilmu baru mengenai editing video. Taklimat KDB, taklimat Dashboard Komuniti dan advokasi SKMM.
Tarikh | 10 Januari 2018 |
Masa | 10.00 pg - 12.00 tengahari |
Tempat | Bilik Latihan PI |
Peserta | 5 Orang |
Tujuan :
Program ini merupakan program khusus untuk pelajar PDK (Program Pemulihan Dalam Komuniti). Mereka telah dididik mengenai inisiatif-inisiatif daripada pihak SKMM. Program mengenal komputer turut dijalankan di mana para pelajar akan menjawab soalan mudah berkaitan perkakasan komputer yang diterangkan oleh petugas.
Aktiviti :
Pelaksanaan utama adalah dengan memperkenalkan cara pembelajaran secara atas talian serta berkongsi ilmu baru mengenai inisiatif-inisiatif daripada SKMM. Taklimat KDB, taklimat Dashboard Komuniti dan taklimat Klik Dengan Bijak.
Tarikh | 29 November 2018 |
Masa | 8.00 pg - 1.00 tengahari |
Tempat | Dewan Sri Peria, UITM Segamat |
Peserta | 284 Orang |
Tujuan :
Gabungan 7 Pusat Internet (Pi) Segamat iaitu Pemanis 2, Taman Yayasan, Medoi, Kemelah, Redong, Tenang dan Chemplak bekerjasama dengan dengan Fakulti Pengurusan Maklumat UiTm Segamat bagi menganjurkan Seminar Mobile Ewaste:Sustain The Future. Program kali ini lebih mengfokuskan kepada Mobile Ewaste kepada pelajar Fakulti Pengurusan Maklumat yang terdiri daripada pelajar diploma dan ijazah seramai 284 orang. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan memberi kefahaman yang jelas kepada pelajar cara pengurusan mobile ewaste, check yoor label dan klik dengan bijak.
Aktiviti :
Program ini telah dirasmikan oleh Encik Muhammad Asyraf Bin Wahi Anuar, KPP Fakulti Pengurusan Maklumat di Dewan Sri Peria, UiTM Segamat. Kemudian penerangan serba sedikit mengenai fungsi Pi dan diikuti dengan taklimat pengurusan mobile ewaste. Bagi menguji kefahaman mengenai mobile ewaste telah diadakan kuiz berkaitan dengan mobile ewaste. Seterusnya diikuti dengan taklimat check your label dan klik dengan bijak. Sekali lagi kuiz diadakan sebelum sesi soal jawab diadakan. Selain itu juga, petugas dari Pi turut mengambil kesempatan untuk membuat promosi aplikasi dashboard komuniti kepada peserta yang mengikuti program kali ini. Majlis ditutup dengan penyampaian hadiah kepada pemenang.