Tarikh | 21 Disember 2018 |
Masa | 7.30 pg - 12.30 tengahari |
Tempat | Pusat Internet Taman Yayasan |
Peserta | Komuniti Taman Yayasan |
Tujuan :
Program ini merupakan program khusus yang bertemakan Jom Sihat. Komuniti Taman Yayasan dan sekitarnya dijemput bagi memeriahkan majlis dan mereka dapat mengetahui status kesihatan mereka melalui booth KOSPEN Kg Bumbun.
Aktiviti :
Aktiviti yang dijalankan semasa Program Jom Sihat ini adalah saringan kesihatan, ceramah dan demonstrasi pertolongan cemas, pameran pakaian kesihatan dan urutan refleksologi. Manakala di dalam pusat internet pula, aktiviti seperti kuiz online yang bertemakan kesihatan, pertandingan mencipta menu sihat, sesi bersama Mary Kay (Sesi penjagaan kulit), pertandingan Plot dan Menang, dan juga sesi demonstrasi pertolongan cemas bersama pihak Hospital Segamat.