Tarikh | : | 30 November 2022 |
Masa | : | 10.30 pagi - 5.30 petang |
Hari | : | Rabu |
Tempat | : | PEDi Taman Yayasan |
Tujuan :-
Memberi pendedahan kepada usahawan baru dan usahawan lama yang belum mempunyai Shopee Seller dan Tiktok Seller untuk membuka perniagaan mereka di platform digital iaitu Shopee dan Tiktok supaya dapat mengembangkan perniagaan sekaligus dapat meningkatkan pendapatan bulanan mereka. Sesi ini dijalankan dua sesi iaitu ShopEe dijalankan pada sesi pagi dan Tiktok dijalankan pada sesi petang.
Aktiviti :-
1. Memberi taklimat ringkas berkenaan Shopee seller & Tiktok seller.
2. Memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk membuka Shopee seller & Tiktok seller dan cara menjual di platform tersebut.
3. Memastikan setiap peserta berjaya memasukkan produk di dalam Shopee dan Tiktok untuk jualan.
4. Sesi soal jawab dengan peserta berkenaan shopee.