Tarikh | : | 9 September 2022 |
Masa | : | 10.00 pagi - 12.30 tengahari |
Hari | : | Jumaat |
Tempat | : | PEDi Taman Yayasan |
Tujuan :
Tujuan latihan ini diadakan adalah untuk menambah ilmu suntingan imej kepada peserta agar mereka dapat mencipta poster produk mereka dengan sendiri dengan menggunakan laman web www.canva.com. Melalui latihan ini peserta dapat menghasilkan satu poster yang menarik dengan hanya menggunakan template yang sedia ada didalam canva.
Aktiviti :-
1. Peserta diberi pengenalan berkenaan dengan fungsi canva.com.
2. Mereka mencipta akaun canva dengan menggunakan emel sendiri.
3. Peserta diminta memuat turun gambar produk melalui enjin carian google.com dan mereka diajar cara untuk membuang lata belakang gambar tersebut menggunakan remove.bg.
4. Mereka diminta memilih satu contoh template yang ada dan mengubahnya mengikut kesesuai.Antara pelajaran diajar adalah memasukkan gambar, mengubah teks dan memasukkan teks baru, menambah latar belakang, dan menambah elemen-elemen lain.